Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Pempengaruh TikTok di Indonesia, Shella Selpi Lizah dilapor meninggal dunia akibat kanser ovari pada 29 Ogos lalu.

Lebih memilukan, kepulangan arwah ke negeri abadi berlaku selepas dua minggu dia mendirikan rumahtangga, lapor portal Harian Massa.

Kisah pemergiaan arwah yang menderita kanser sejak 2021 kemudian menjadi tular serta menarik perhatian warga maya di sana.

Apatah lagi suaminya, Albi Dwizky mengambil keputusan untuk tetap menikahi Shella ketika itu dia sudah pun tahu dengan status kesihatan wanita itu.

Arwah sempat meluahkan perasaannya di dalam nota

Baru-baru ini, Albi berkongsi satu nota yang ditemui dalam telefon bimbit arwah isterinya yang pernah ditulis sepanjang dia bertarung dengan kanser tersebut.

Dalam coretan panjang itu, arwah sempat memohon maaf kepada Albi seadainya penyakit yang ditanggungnya turut membuatkan si suami menderita.

Pada masa yang sama, arwah turut memuji keperibadian Albi yang sentiasa melayani dirinya dengan cukup baik, bermula dari awal perkenalan lagi.

“Di sisi kamu, aku tidak pernah rasa terancam, rasa takut, terutamanya rasa sakit. Aku berasa tenang, rasa selamat dan selesa di sebelah kamu,” ujarnya.

“Kalau aku boleh atur jodohku, aku cuma mahu kamu saja”

Arwah juga sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan penyabar dalam melayan karenahnya sepanjang mereka hidup bersama.

Gambar: Albi Dwizky

“Seng (Albi), maafkan aku kerana kamu harus menjadi lelaki yang lebih kuat dari orang lain.

“Maaf kerana kita bertemu ketika aku betul-betul berada di bawah, malah sehingga ke hari ini,” kata arwah lagi.

Di hujung coretan itu, arwah sempat menitipkan doa agar diberi kesembuhan dan dapat membalas segala kebaikan Albi suatu hari nanti.

Namun apakan daya, takdir tertulis sebaliknya dan arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir hujung Ogos lalu selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser.

Allahyarhamah Shella pernah melakukan pembedahan pada tahun 2022

Menurut Harian Massa, arwa pernah mengadu sakit pada bahagian perut selepas melakukan aktiviti renang disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2021.

Dia kemudian melakukan pembedahan pada 2022 selepas sel kanser tersebut disahkan telah merebak ke bahagian rahim sebelum kesihatannya menjadi tidak menentu.

Sepanjang berdepan dengan penyakit itu, Albi yang merupakan kekasihnya ketika itu dilihat setia menemani sebelum meneruskan hasrat bernikah dengannya.

Sumber: Harian Massa