Berbaju Melayu Ketika Sesi Media Antarabangsa, Johan Ghazali Raih Pujian Ramai

Berbaju Melayu Ketika Sesi Media Antarabangsa, Johan Ghazali Raih Pujian Ramai

Jaguh muay thai negara dan bintang muda One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, telah mencuri perhatian ramai apabila tampil dalam satu sesi temu bual dengan memakai baju Melayu.

Penampilannya yang unik dan penuh dengan identiti Malaysia itu segera mendapat perhatian, terutamanya daripada peminat sukan tempatan dan antarabangsa.

Dalam satu hantaran di Instagram menerusi akaun @johanghazali_, Johan kelihatan segak dan penuh gaya menyarungkan busana baju Melayu lengkap.

Pakaian tradisional ini adalah daripada jenama tempatan terkemuka, Bulan Bintang, yang menambahkan lagi sentuhan istimewa pada penampilannya.

Langkah Johan memakai baju Melayu pada acara sebesar ini memperlihatkan rasa bangganya terhadap budaya Malaysia, sekali gus menarik pujian dari pelbagai pihak.

“Mewakili Malaysia dengan berbaju Melayu oleh @bulanbintanghq untuk hari media pada hari ini,” tulis Johan dalam hantaran Instagramnya.

Difahamkan, Johan sedang bersiap untuk kembali ke gelanggang bagi acara ONE 168: Denver, di mana beliau akan berhadapan dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat dari Malaysia yang menyatakan rasa bangga mereka melihat bintang muda ini membawa pakaian tradisional negara ke pentas antarabangsa.

Pelbagai komen yang penuh sokongan dan doa agar Johan berjaya dalam perlawanan nanti membanjiri ruangan tersebut.

“Sampai ke US pakai baju Melayu. Good luck Jojo,”

“Kami sentiasa bersama Jojo,”

Pertarungan kali ini menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 

Menurut Stadium Astro, Johan Ghazali yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Di samping itu, perlawanan kali ini turut menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (kira-kira RM235,332.68) kepada pemenang jika melepasi syarat ditetapkan.

Menurut Stadium Astro lagi, kali terakhir Johan bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu ketika dia berjaya menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares, menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam masa 36 saat di Bangkok.

Johan pernah mencipta sejarah apabila menjadi atlet termuda yang memperoleh kontrak One Championship bernilai AS$100,000 (RM463,300) pada Oktober tahun lalu.

Sumber: Johan Ghazali, Stadium Astro