Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Bagi Lepasan Stpm/ Setaraf Diumum Pada 6 September 2024

keputusan permohonan universiti awam

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Diumum Pada 6 September 2024

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan STPM/ Setaraf (STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) akan diumumkan pada 6 September 2024 (Jumaat). 

Keputusan boleh disemak mulai 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:  

a) Secara atas talian melalui pautan;  

  1. https://jpt.utm.my  
  2. https://jpt.uum.edu.my 
  3. https://jpt.unimas.my
  4. https://jpt.ums.edu.my  
  5. https://jpt.umt.edu.my 

b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.  

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 September 2024 hingga 15 September 2024 di laman web UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 7 September 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.  

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, jam 5.00 petang. 

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang  permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan  rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.  

The post Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Bagi Lepasan Stpm/ Setaraf Diumum Pada 6 September 2024 appeared first on Siakap Keli.