Lelaki Kongsikan Dia Takut Sangat Kalau Tak Bayar Hutang Yang Satu Ini, Mungkin Ramai Boleh ‘Relate’

Beli rumah, hutang. Beli kereta, hutang. Beli baju, hutang. Hatta sampai beli makanan sedap-sedap pun ada yang berhutang zaman sekarang ni. Apa-apa semua paylater atau kad kredit je.

Mungkin betul kata orang, kita perlu belajar urus kewangan sejak dari bangku sekolah lagi. Bila diri dah terbiasa berhutang, ada antara kita yang mula ambil ringan dan lebih teruk, sengaja mengelat dari bayar pinjaman, kononnya ia akan jadi hutang lapuk dan ‘hilang’ macam tu je suatu hari nanti.

Salah tu.

Bila cakap bab hutang, min teringat luahan sorang kawan min kat Facebook. Katanya, kalau mati dalam keadaan sengaja tak nak bayar hutang, kita akan dibangunkan sebagai pencuri kat akhirat nanti. Takutt!

Dan dalam banyak-banyak hutang, ada satu hutang dia paling takut kalau tak bayar. Nak tahu hutang apa? Jom baca luahannya kat bawah ni.

Habis belajar, dapat kerja, terus buat loan angkat kereta

Bulan-bulan beli baju baru pelbagai jenama

Tak cukup dengan hutang sedia ada, buat pinjaman untuk kenduri kendara

Kad kredit ‘swipe’ hingga had maksima

Setiap tahun, hutang bertambah

Hati mula gelabah

Tapi sikap susah nak diubah

Salahkan orang sekeliling ialah jalan termudah

Bila meminta, “Bantulah saya orang susah”

Bila ditagih hutang, “Halalkan sahaja lah!”

Hingga si pemiutang terpaksa jadi peminta sedekah

Done rant on hutang. Aku pun berhutang juga. Kadang dengan kawan, sanak saudara dan bank semestinya. Kadang aku bagi orang pulak berhutang. Jadi macam-macam ragam manusia aku pernah tengok. Ada yang sampai putus sedara. 

Jadi aku pun faham POV pemiutang. Aku pastikan bayar habis atau tiap-tiap bulan aku akan bayar, ikat perut tak apa, janji tak ambil hak orang. Pernah aku baca, kalau mati syahid pun, tapi tak bayar hutang, dosa kita tak akan diampunkan. Bahkan, kalau kita meminjam dengan niat tak nak bayar, kat akhirat nanti kita akan dipertemukan dengan Allah sebagai seorang pencuri

Gambar: Freepik

Dalam banyak-banyak hutang, aku paling takut kalau tak bayar satu hutang ni, PTPTN.

Sebab bagi aku, kalau takde PTPTN ni dulu, aku tak dapat kerja macam sekarang sebab mak ayah aku orang susah. Tanah pun tak ada untuk dijual. Aku pun bukan genius untuk dapat biasiswa.

Jadi dengan meminjam ni la aku boleh belajar sampai masuk IPT dan ubah nasib keluarga. Bagi aku, kalau nak ilmu kita belajar tu berkat, hutang jangan bayar lambat. Nanti rezeki tersekat. Prinsip ni terpakai untuk semua jenis hutang.

Sekarang ni bukan kena panjat kaunter pun nak bayar, semua tekan-tekan je, online. Bagi aku, kalau kita tak bayar hutang tapi pakai kereta berjenama, baju dua tiga ratus harganya, kita hanya pura-pura kaya sebenarnya.

Hutang kereta dah settle, rumah otw, PTPTN insya-Allah tahun ni. Tak sabar nak merdeka.

“Alamak, last bayar 4 tahun lepas, macam mana nak buat?”

Mungkin ada antara kita yang dah lama tak bayar ansuran hutang PTPTN. Ada yang bagi alasan belum kerja, terlupa atau terhimpit dengan komitmen sedia ada.

Korang jangan risau, sekarang ni PTPTN nak bagi chance untuk korang restructure balik pinjaman korang yang tertunggak. Cuma bayar tunggakan serendah RM300 je dan korang dah boleh restructure semula pinjaman korang.

Tapi syaratnya, bayar sebelum 30 September 2024 sebab kempen berjalan sampai hujung bulan ni je.

Ni cara-cara nak buat penstrukturan semula,

1. Semak penyata pinjaman korang melalui myPTPTN

2. Mohon rundingan bayaran balik untuk penstrukturan semula pinjaman melalui aplikasi web myPTPTN. Eksekutif Jualan (EJ) akan hubungi korang dalam tempoh 7 hari bekerja.

3. Bayar tunggakan serendah RM300 sebelum 30 September 2024.

4. Buat potongan gaji atau debit terus untuk bayaran balik setiap bulan.

Senangkan? Jadi korang yang dah lost track bayaran pinjaman boleh la ambil peluang ni untuk bayar balik secara konsisten. Bukan apa, bab hutang ni bukan je rekod CCRIS terganggu, tapi kesannya bawa kepada anak cucu.

Bayangkan kalau semua peminjam tak nak bayar, macam mana dengan generasi anak cucu kita akan datang? Peluang dah ada, kene grab cepat-cepat. 

The post Lelaki Kongsikan Dia Takut Sangat Kalau Tak Bayar Hutang Yang Satu Ini, Mungkin Ramai Boleh ‘Relate’ appeared first on Siakap Keli.