Pesara Didakwa Benarkan Puluhan Lelaki Perkosa Isteri

pesara benarkan perkosa isteri

Pesara Didakwa Benarkan Puluhan Lelaki Perkosa Isteri

PARIS — Seorang lelaki di Perancis mengaku bersalah selepas didakwa memberi ubat tidur dan membenarkan puluhan lelaki yang tidak dikenali memperkosa isterinya, lapor AFP.

Difahamkan, perbuatan terkutuk lelaki yang berusia 71 tahun itu terbongkar apabila dia ditangkap ketika cuba merakam di bawah skirt seorang wanita di pasar raya.

Pihak polis menemui ribuan gambar dan video isterinya yang didakwa didera secara seksual oleh orang yang tidak dikenali di rumah mereka di Mazan, Avignon.

Mangsa, 72, tidak sedarkan diri ketika penderaan tersebut berlaku kerana disyaki diberikan ubat tidur oleh suaminya.

Susulan penemuan itu, isteri tertuduh juga telah memfailkan cerai terhadapnya.

Tertuduh yang juga pesara dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2011 hingga 2020, yang menyaksikan isterinya diperkosa oleh puluhan lelaki yang berumur 26 hingga 74 tahun. Kesemua pelaku itu ‘direkrut’ olehnya menerusi dalam talian.

Laporan polis turut mendedahkan, terdapat 72 suspek dalam kes itu tetapi hanya 51 telah dikenal pasti dan dikesan selain tertuduh.

Penyiasat pada mulanya mengenal pasti 54 suspek, tetapi seorang telah meninggal dunia dan dua lagi telah dikecualikan kerana kekurangan bukti.

Pengarah pasukan polis antara jabatan Hautes-Alpes, Jeremie Bosse Platiere memberitahu, usaha mengenal pasti baki suspek menerusi rekod terperinci tertuduh sedang giat dilakukan. Ia termasuk kaedah proses pengecaman muka.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol kira-kira 20o kali oleh tertuduh dan lebih 90 orang yang tidak dikenali yang telah didaftarkan melalui laman web dewasa.

Kes itu dibicarakan oleh Roger Arata yang mengetuai perbicaraan itu bersama empat lagi panel hakim.

Apabila ditanya sama ada dia bersalah di atas tuduhan terhadapnya, tertuduh menjawab ‘Ya’.

Sementara itu, 18 daripada 51 suspek termasuk tertuduh kini berada dalam tahanan, manakala 32 defendan hadir dalam perbicaraan itu adalah sebagai lelaki bebas.

Kebanyakan mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana merogol.

Lebih mengejutkan, penyiasat juga menemui gambar bogel anak perempuan tertuduh di dalam komputer.

Mendengar kenyataan itu, anak perempuannya itu keluar dari bilik perbicaraan dalam keadaan menangis namun masuk semula kira-kira 2o minit kemudian.

Perbicaraan kes itu akan bersambung dan hukuman akan ditentukan nanti, ia dijangka selesai pada Disember ini.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Tiga Doktor Ditahan SPRM: KKM Beri Kerjasama

The post Pesara Didakwa Benarkan Puluhan Lelaki Perkosa Isteri appeared first on Siakap Keli.