Tak Perlu Duit Untuk Memori Epik! Klook Tawarkan Pengembaraan Percuma, Sekali Seumur Hidup
Kuala Lumpur, 5 September 2024 – Pernahkah anda bermimpi untuk menjadi Ketua Marsyal untuk Perayaan Jalanan Mickey & Friends? Atau mungkin anda pernah membayangkan untuk bermain papan luncur salji dengan Juara Dunia atau berenang dengan jerung paus di bawah langit yang berbintang di pulau persendirian?
Siapa kata kita mesti bayar harga mahal untuk pengalaman yang paling epik? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, Klook mengubah norma ini pada ulang tahun ke-10 mereka. Bermula dari hari ini, pengguna Klook boleh mendaftar untuk merebut peluang memenangi ‘Pengalaman Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang’ yang eksklusif dan sekali seumur hidup di seluruh dunia — secara percuma!
“Kami tahu, pelancong sentiasa mencari pengalaman yang unik dan boleh dikongsi bersama, tetapi peningkatan kos boleh membuatkan impian ini terasa tidak dapat dicapai. Sebagai peneraju dalam kategori pengalaman, kami ingin pergi lebih jauh untuk menggembirakan pengguna kami.
Itulah sebabnya, untuk meraikan ulang tahun ke-10 kami, kami menawarkan dengan percuma, pengalaman sekali dalam seumur hidup yang menakjubkan ini yang benar-benar merangkumi definisi Klook—mencipta detik detik yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat,” kata Marcus Yong, Naib Presiden Pemasaran Global, Klook.
Lima ‘Pengalaman Yang Tidak Boleh Beli Dengan Wang’ termasuk:
Keajaiban Mickey & Friends Street Celebration A Royal Dream Comes True di Hong Kong Disneyland [pautan]: Hayati dunia penuh keajaiban dan jadilah Marsyal Besar Perarakan Jalanan Mickey & Friends. Lengkapkan pengalaman anda dengan kenangan yang tak akan dilupakan, bermalam di Suite Cinderella yang memukau. Ini bukan sekadar pengalaman; ia adalah meraikan impian yang penuh keajaiban. Peluang sekali seumur hidup ini adalah mimpi diraja yang menjadi kenyataan.
Bermain Snowboard di Top of Europe bersama Juara Dunia [pautan]: Bermain papan luncur salji dengan pemain papan luncur salji Juara Dunia Gian Simmen sepanjang hari dan nikmati hidangan gourmet yang lazat di ‘Top of Europe’ di Jungfraujoch, Switzerland.
Jadi Doktor Hidupan Liar di Mandai Wildlife Reserve Singapore [pautan]: Jadi doktor haiwan selama sehari di Mandai Wildlife Reserve, di mana anda akan menyertai pasukan veterinar dan meneroka hospital mereka yang canggih.
Berenang di bawah bintang bersama Jerung Paus di Pulau Peribadi Maldives [pautan]: Nikmati percutian selama 2 malam, 3 hari di COMO Maalifushi, Maldives, termasuk ekspedisi snorkeling pada waktu malam untuk menyaksikan jerung paus yang menakjubkan.
Menyelam, Makan dan Berseronok di bawah air di Dubai [pautan]: Jadilah orang pertama yang makan dan minum di bawah air, dan rasai pengalaman berada di kolam menyelam terdalam di dunia di Deep Dive Dubai.
Untuk mengambil bahagian, pengguna boleh melawati Klook dan mendaftar minat mereka dalam ‘Pengalaman Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang’ yang dipilih.
Pemenang yang bercita-cita tinggi digalakkan untuk berkongsi kisah peribadi mereka, menerangkan sebab mereka adalah peminat terbesar atau bagaimana pengembaraan ini selaras dengan aspirasi mereka. Penyerahan penyertaan ditutup pada 31 Oktober dan Klook akan mengumumkan pemenang pada bulan November.
“Kami memperkasakan pengguna kami untuk merasai ‘Tenaga Watak Utama’ mereka, menjadikan mereka berasa seperti bintang utama dalam pengembaraan mereka sendiri. Ianya semua tentang membantu mereka mencipta detik-detik sekali seumur hidup yang akan mereka hargai selamanya,” tambah Yong.
Dengan pelancaran lima ‘Pengalaman Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang’ eksklusif ini, Klook memulakan sambutan ulang tahunnya yang ke-10. Ini hanyalah bahagian pertama perayaan ulang tahun kami—nantikan satu lagi siri menarik ‘Pengalaman Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Wang’ yang unik yang akan kami dedahkan kemudian pada bulan Oktober.
Nantikan kejutan tambahan, tawaran dan pengembaraan unik, dan sertai kami dalam meraikan satu dekad menyampaikan kegembiraan ke dunia anda dengan pengalaman perjalanan yang luar biasa.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, layari https://www.klook.com/en MY/tetris/promo/klookturns10/
The post Tak Perlu Duit Untuk Memori Epik! Klook Tawarkan Pengembaraan Percuma, Sekali Seumur Hidup appeared first on Siakap Keli.