Gajah Maut Dilanggar Treler

gajah maut dilanggar treler

Gajah Maut Dilanggar Treler

Seekor gajah dilaporkan maut akibat dilanggar sebuah lori treler jenis Volvo di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 10.45 malam.

Menurutnya, treler tersebut dilaporkan sedang menghala ke Kahang Timur.

BACA: Anak gajah Mati Dilanggar Kenderaan di JRTB

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah melanggar seekor gajah jantan yang melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Gajah tersebut maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan. Lori treler berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan, sebelah kiri.

“Bagaimanapun, pemandu lori treler yang berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

BACA: Gajah Borneo Diklasifikasikan Sebagai Terancam Dalam Senarai Merah IUCN

Menurut beliau lagi, kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Bangkai gajah juga telah dialihkan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Sebelum ini, media pernah melaporkan seekor gajah cedera apabila dilanggar sebuah kereta mewah di Setiu, Terengganu. Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, gajah tersebut telah melarikan diri ke dalam hutan berdekatan sekitar 10 minit selepas kemalangan terjadi.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Gajah Cedera Dirempuh Porsche Cayenne Di Setiu

The post Gajah Maut Dilanggar Treler appeared first on Siakap Keli.