Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes Simpan SSPN, Tawar Hadiah Lumayan RM100,000

kempen cabutan siri wow

Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes Simpan SSPN, Tawar Hadiah Lumayan RM100,000

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan dalam memupuk amalan menabung  melalui produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Justeru, PTPTN  mengajak ibu bapa sebagai hero kepada anak-anak bersama-sama memupuk budaya  penabungan bermula seawal usia menerusi Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes 2024. 

2. Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 orang pemenang. Hadiah utama berjumlah  RM10,000 untuk 1 pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk setiap  180 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan  SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus. Tempoh kempen bermula 1 September 2024  sehingga 31 Oktober 2024.

3. Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau  membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50  bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu (1) cabutan, manakala bagi setiap  simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua (2) cabutan secara  automatik. Menariknya, kelebihan cabutan berganda juga diberikan kepada pengguna aplikasi myPTPTN.

Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih  RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima  (5) cabutan. Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih  RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat  sepuluh (10) cabutan.

4. Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Ibu bapa yang  menabung seawal usia anak adalah superhero kerana mereka merupakan individu yang  bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan dan perancang utama untuk masa  depan anak-anak termasuk mendidik anak mengenai pengurusan kewangan. Kekallah  menjadi superhero sepanjang masa untuk masa depan anak dengan membuat  perancangan kewangan di awal usia bagi memastikan generasi masa hadapan mereka  mendapat pendidikan sempurna”.

kempen cabutan siri wow

kempen cabutan siri wow

5. “Pendeposit bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat menerusi Simpan SSPN selain berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan sepanjang  menyertai kempen ini. Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang  menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga  RM8,000 setahun, memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan  yang dijamin Kerajaan dan patuh syariah,” tambah beliau lagi.

6. Sehingga 31 Julai 2024, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah  berjumlah RM18.7 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 6.5 juta. Pembukaan akaun  atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN  dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

The post Kempen Cabutan Siri WOW! Superheroes Simpan SSPN, Tawar Hadiah Lumayan RM100,000 appeared first on Siakap Keli.