Solat Jumaat berlangsung buat kali pertama di surau pusat beli-belah termuka tanah air, IOI CIty Mall di Putrajaya, hari ini.
Orang awam dan juga pengunjung yang hadir menjadi jemaah Solat Jumaat di surau berkenaan turut berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik, rata-rata jemaah yang hadir mendapati surau berkenaan sangat luas dan mampu memuatkan jumlah jemaah yang ramai.
Pada masa yang sama, surau tersebut turut dilengkapi dengan penyaman udara dan juga karpet baru, sekaligus memberikan keselesaan kepada jemaah.
Dapat kerjasama PAID Sepang
Sebelum ini, pihak pengurusan IOI City Mall memaklumkan bahawa Solat Jumaat pertama di surau tersebut akan diadakan pada 6 September dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.
Difahamkan, kemudahan Solat Jumaat di pusat beli-belah itu adalah hasil kerjasama IOI City Mall dengan Pejabat Agama Islam (PAID) Sepang.
@afiqzazamAlhamdulillah jumaat pertama Surau ioi city mall. #jumaat #surauioicitymallputrajaya #ioiputrajaya #malaysia #tiktok #fyp
Turut menyediakan ruang solat untuk jemaah wanita ingin menunaikan solat Zohor
Terdahulu, SK melaporkan pihak pengurusan turut mencadangkan kepada pengunjung wanita untuk menggunakan ruang solat yang disediakan di West Wing ketika solat Jumaat diadakan.
Selain itu, mereka juga boleh menggunakan surau di Basement P3 (berhampiran Terminal Bas), Lower Ground (berhampiran Tony Roma’s & Ayu Borneo) dan Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) untuk menunaikan solat zohor.
Sumber: afiqzazam via TikTok