Semangat Patriotik, Sambutan Merdeka Anak Perantau Di AS Meriah

sambutan merdeka anak perantau

Semangat Patriotik, Sambutan Merdeka Anak Perantau Di AS Meriah

Sambutan Hari Merdeka yang diadakan setiap kali tiba 31 Ogos sentiasa dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia. Dari persiapan peserta perarakan hingga ke kibaran Jalur Gemilang di rumah dan premis perniagaan, kemerdekaan disambut dengan penuh patriotik oleh semua.

Ketika rakyat tempatan meraikan sambutan Hari Merdeka dengan perarakan dan persembahan udara yang menakjubkan, rakyat yang berada di luar negara turut tidak terkecuali menyambut hari bersejarah itu.

Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Biarpun tanpa iringan muzik pancaragam dan kehadiran pemimpin negara, Hari Merdeka disambut dengan cara yang tersendiri oleh anak perantau.

BACA: Teruja Nak Sambut Merdeka, Orang Ramai Dah Penuhi Dataran Putrajaya

Sambutan Merdeka anak perantau lebih bermakna apabila dirai bersama

Tanggal 31 Ogos 2024, rakyat Malaysia berkumpul di Jones Bridge Park atau turut dikenali dengan nama Jones Creek di Atlanta bagi menyambut Hari Merdeka bersama-sama. Dengan mengadakan jamuan makan bertemakan masakan tempatan Malaysia, majlis tersebut dihadiri tetamu pelbagai bangsa dan agama. Jalur Gemilang turut dikibarkan bagi menunjukkan kebanggaan mereka sebagai anak Malaysia di perantauan.

sambutan merdeka anak perantau
Kredit: Kanthan Krishnan

Selain bertujuan menyambut Hari Merdeka, majlis ringkas yang penuh bermakna itu turut diharap dapat memupuk semangat bermasyarakat bagi mereka yang merantau.

“Kami ingin mencipta satu ruang yang membolehkan rakyat Malaysia di Georgia dapat berkumpul dan meraikan warisan dan kemerdekaan kita. Sungguh menggembirakan apabila melihat begitu ramai keluarga dan rakan-rakan bersatu dalam majlis yang meriah ini.

“Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan kemerdekaan Malaysia, tetapi turut bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan warga Malaysia yang tinggal di luar negara,” kata Kanthan Krishnan, salah seorang peserta majlis tersebut.

sambutan merdeka anak perantau
Kredit: Kanthan Krishnan

BACA: Datuk Saya Yang Isytihar Kemerdekaan 1957 – Tengku Zafrul

Para tetamu yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang kelihatan gembira menyambut hari penuh makna itu. Acara kemuncak sambutan Hari Merdeka itu menyaksikan laungan kata keramat Bapa Kemerdekaan sebagai tanda ingatan kepada tanah air.

Masih belum terlambat untuk SK ucapkan, Salam Merdeka buat anak perantau.

Sumber: Kanthan Krishnan

The post Semangat Patriotik, Sambutan Merdeka Anak Perantau Di AS Meriah appeared first on Siakap Keli.